DANA WAKAF MASJID AL EHSAN MUKIM KG BELANGA,KUALA KRAI,KELANTAN
Jom Berwaqaf Untuk Rumah Allah

Ganjaran Infaq Harta Di Jalan Allah
Di dalam al-Quran menyebut ganjaran secara umum bagi setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah termasuk berwakaf, sepertimana di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud “Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
![]()
Di dalam hadis pula, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah telah bersabda “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya". (HR Muslim)
Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan ‘wakaf’ tidak di sebut, tetapi para ulama mengatakan berwakaf termasuk didalam maksud sedekah jariah.
![]()
LATAR BELAKANG MASJID
Masjid Al Ehsan yang terletak di Mukim Kampung Belanga, Kuala Krai, Kelantan, memerlukan RM 5 Juta bagi menampung kos pembinaan dan pengurusan masjid.
Tempat dan ruang yang terhad Masjid Al Ehsan ini menjadi kekangan untuk melakukan aktiviti dan program anjuran masjid.
TUJUAN DANA
Dana tersebut akan digunakan untuk urusan pembinaan bahagian masjid iaitu:
- pembinaan bangunan 3 tingkat
- bilik mesyuarat
- mini perpustakaan
- bilik IT
- bilik Imam
- stor barang
- tempat memasak
- bilik pengurusan jenazah
- ruang menara telekomunikasi
- laluan OKU
![]()
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.
(Surah Al-Ma’idah, ayat 2)
![]()
Setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi saham pahala yang amat bernilai bagi para penderma.
Salurkan sumbangan anda melalui:
Bank : BANK ISLAM
Nama : JAWATANKUASA MASJID MUKIM KAMPUNG BELANGA
No Akaun : 0307 2010 1413 33
Reference: MASJID
Pilihan Sumbangan
Pakej A Sumbangan Dana Wakaf Masjid : (RM 500)
Pakej B Sumbangan Dana Wakaf Masjid : (RM 200)
Pakej C Sumbangan Dana Wakaf Masjid : (RM 100)
Pakej D Sumbangan Dana Wakaf Masjid : (RM 50)
Pakej E Sumbangan Dana Wakaf Masjid : (RM 30)
ATAU boleh juga beri berapa SEIKHLAS HATI.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 012-5235354
4. Sebahagian daripada kutipan dana akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.
5. Resit pelepasan cukai akan diberikan diatas permintaan sahaja. Boleh hubungi wakil pengurusan masjid di talian nombor yang tertera di atas: