Akaun danamasjidalhehsan1.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.









 WAQAF PEMBINAAN MASJID AL-EHSAN



“Sedekah dapat menghapus dosa

sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat al-Tirmizi)




Masjid ini telah dibina pada tahun 1989 dan mengambil masa 2 tahun untuk siap. Mula digunakan pada tahun 1991 untuk solat 5 waktu dan solat Jumaat.


Nama Masjid Al-Ehsan digunapakai sempena pemberian tanah secara ehsan oleh arwah Tok Che Mat untuk tapak masjid. 





Tempat dan ruang yang terhad di Masjid Al Ehsan ini menjadi kekangan  untuk melakukan aktiviti dan program anjuran masjid. 





Kini, semua ahli jawatankuasa Masjid Al-Ehsan sedang dalam usaha untuk mencukupkan DANA sebanyak RM 5 JUTA bagi menampung kos pembinaan dan pengurusan masjid. 



Inilah satu peluang Keemasan buat kita membantu penduduk Kampung Belanga Kuala Krai ini.


Dan bersama-sama meraih pahala berpanjangan ( pahala berterusan tanpa putus walau kita telah tiada) di samping ganjaran yang Allah telah janjikan kepada mereka yang membina Rumah Allah Taala.


Hadis Riwayat Muslim di bawah ini: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya di dalam syurga (binaan) seumpamanya.”

Subhanallah. Betapa bertuahnya mereka yang menyumbang ke jalan Allah Taala dengan membina masjid di bumi ini. Ganjarannya cukup besar.


Binaan yang seumpama dengan masjid sebagai ganjaran buat kita para pewakaf antara anugerah terindah di syurga kelak.






 

ALAMAT MASJID AL EHSAN 

MASJID AL-EHSAN MUKIM KAMPUNG BELANGA,
DAERAH MENGKEBANG,18000 KUALA KRAI,KELANTAN.






SALINAN SURAT KUTIPAN DANA MENGGUNAKAN SISTEM ON-PAY







BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG ?


Setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi 

saham pahala   yang amat bernilai bagi para penderma.


  Salurkan sumbangan anda melalui:

Bank : BANK ISLAM

Nama : JAWATANKUASA MASJID MUKIM KAMPUNG BELANGA

No Akaun :  0307 2010 1413 33

Reference: MASJID


Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada tuan puan yang sudi menyumbang dan membaca sampai akhir.

Kami mendoakan agar apa yang tuan/puan infaqkan ini,

akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan diluaskan rezeki serta

dipermudahkan urusan dunia dan akhirat oleh-Nya.  Amin ya Rabbal Alamin.


Sebarang persoalan berkenaan sumbangan,  sila hubungi:  012-5235354 




Makluman:


1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 012-5235354 

4. Sebahagian daripada kutipan dana akan digunakan untuk Kos Pengurusan dan Operasi.


"Tiada Kerugian   Pada  Orang Yang Bersedekah " 

(An-Nisaa', ayat 39)

Pilihan Sumbangan

 Pakej A  Sumbangan Dana Wakaf Masjid  = RM 500

 Pakej B  Sumbangan Dana Wakaf Masjid  = RM 200

 Pakej C  Sumbangan Dana Wakaf Masjid  = RM 100

 Pakej D  Sumbangan Dana Wakaf Masjid  = RM 50

 Pakej E  Sumbangan Dana Wakaf Masjid  = RM 30

ATAU boleh juga beri berapa SEIKHLAS HATI.