Akaun danamasjidalhehsan1.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sedekah Jumaat Masjid Al Ehsan

RM5 Juta Diperlukan Untuk Menaiktaraf Masjid Al Ehsan




Dengan RM30 Anda Sudah Mampu Membantu 




Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: 

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain."



Bangunan baru Masjid Al Ehsan perlu dibina segera bagi menampung pertambahan jumlah kariah Mukim Kg Belanga saban tahun.

Pembinaan bangunan baru ini amat mendesak bagi membolehkan 1,000 jemaah berkumpul dalam satu masa, dan menggantikan masjid lama yang telah uzur, dan hanya boleh menampung sekitar 300 orang jemaah sahaja.

Lebih menyedihkan masjid lama ini tidak mampu lagi menampung pertambahan jemaah dan kariah yang semakin meningkat sekaligus mengundang ketidak selesaan ketika melakukan solat dan aktiviti keagamaan lain di situ.



"Kami bimbang aktiviti keagamaan untuk masyarakat di sini tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana masalah ruang yang kecil, keuzuran dan kekurangan kemudahan fasiliti untuk orang ramai."

Justeru, dana RM5 juta perlu dikumpul segera bagi tujuan untuk menampung kos kerja awalan, kos kerja pendawaian, cerucuk dan kos kerja luar jangka.

Siapnya bangunan baru Masjid Al Ehsan yang lengkap dengan kemudahan fasiliti ini pasti dinantikan ramai umat Islam terutama jemaah yang terpaksa menggunakan ruangan tambahan yang kurang selesa bagi melaksanakan Solat Jumaat, Solat Hari Raya atau majlis-majlis besar masjid. 



"Jadi marilah kita menyambung perjuangan ini untuk melihat tempat berkumpul Umat Islam di Mukim Kg Belanga dibina dan diimarahkan."

Menyumbanglah hari ini, tanpa bertangguh dan semoga dikembalikan balasan bersedekah ketika dunia semakin menghampiri penghujungnya, dan ganjaran yang besar di sisi Allah kelak Aamiiin.